Friday 21 March 2014

Timer Peti Sejuk

Defrost timer -Elba/LG
Defrost timer-Toshiba/Panasonic
Jika peti sejuk anda kurang sejuk, perkara pertama yang perlu diperiksa ialah defrost timer. Defrost timer terletak di bahagian belakang peti sejuk, berhampiran dengan compressor seperti ditunjukkan pada gambar di bawah.




Ia bergerak secara mekanikal dan mengawal proses defrost. Diagram di bawah menunjukkan defrost timer mempunyai 2 suis yang akan bergerak secara bergilir-gilir (alternate).


Kebiasaannya, compressor akan bekerja selama 6 atau 8 jam sebelum ia berhenti dan defrost timer akan ON kan heater selama 10-15 minit untuk proses defrost. Selepas defrost, compressor akan bekerja semula. Jika timer gagal berfungsi, proses defrost tak akan berlaku menyebabkan ais berkumpul di bahagian cooling coil. Keadaan ini menyebabkan udara sejuk tidak boleh tersebar ke bahagian lain dan peti sejuk anda akan menjadi kurang sejuk ataupun ais mengambil masa yang lama untuk menjadi beku.





Thursday 6 March 2014

Repair mesin basuh-Tak boleh spin (Part 1)


Lokasi - Bandar Baru Nilai

Masalah - Tak boleh spin


Door safety switch
Contoh door safety switch
Tak boleh spin:

Selepas proses wash dan rinse, kebiasaannya mesin basuh akan pergi ke proses spin untuk mengeringkan pakaian. Masalah berlaku apabila selepas proses rinse, alarm berbunyi walaupun pintu mesin basuh telah ditutup rapat. Jika perkara di atas berlaku, door safety switch atau lid switch anda perlu diperiksa.
Lid switch disambungkan dengan litar motor. Apabila pintu ditutup, litar kepada motor telah lengkap dan motor boleh bergerak untuk proses spin. Tetapi apabila pintu dibuka, litar turut terbuka menyebabkan bekalan elektrik tidak dapat disalurkan kepada motor dan motor tidak boleh berpusing. Lid switch berfungsi untuk mengelakkan kecederaan kepada pengguna.Lid swich yang rosak atau tidak berfungsi menyebabkan litar terbuka dan motor tidak dapat bekalan elektrik.

Cara-caranya:
  1. Spray dengan WD-40 tempat yang didapati berkarat pada lid switch tersebut. Selepas karat hilang, pasang semula.
  2. Jika mesin basuh masih tak boleh spin, lid switch tersebut telah rosak dan perlu ditukar dengan yang baru.

Tuesday 4 March 2014

Mesin basuh rosak-Air tak masuk



Lokasi -Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi

Masalah - air tak masuk / air tak keluar


Water inlet valve


Ini merupakan masalah yang sering terjadi kepada mesin basuh. Selepas butang ON ditekan pada display panel, air tidak mengalir masuk ke dalam drum. Jika perkara di atas berlaku, ada 2 kemungkinan:
  1. Filter di bahagian water inlet valve telah tersumbat. Anda perlu menanggalkan filter tersebut dan cuci dengan air bersih atau berus untuk mengeluarkan bendasing yang tersumbat pada filter.
  2. Selepas filter dibersihkan dan dipasang semula, air masih tak masuk. Ini bermakna water inlet valve anda telah rosak. Buka screw pengikat (4 screw) yang terdapat pada water inlet valve tersebut dan bawa ke kedai spare part untuk membeli water inlet valve yang baru.
Masalah air tak masuk mungkin selesai selepas anda membuat kedua-dua perkara di atas.

Monday 3 March 2014

Repair Peti ais 1 pintu-Tidak sejuk

Peti sejuk 1 pintu:

Masalah yang biasa dihadapi oleh peti sejuk 1 pintu ialah tidak sejuk. Sistem di dalam peti sejuk 1 pintu
adalah lebih ringkas berbanding dengan 2 pintu. Ia tiada kipas, defrost timer, defrost thermostat atau thermofuse. Jika peti sejuk anda tidak sejuk bermakna ada kebocoran di bahagian freezer. 

Masalah bocor ini disebabkan tindakan pengguna yang menggunakan pisau atau benda tajam untuk membuang ais yang terkumpul di bahagian freezer. Secara tidak sengaja benda tajam tersebut terkena cooling coil yang terletak di bahagian bawah freezer menyebabkan gas terkeluar. Untuk mengelakkan kejadian di atas, berikut ialah panduan untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku:

Tip 1: Jangan gunakan pisau untuk membuang ketulan ais. Gunakan air panas dan siram ke atas ais yang hendak dibuang.
Tip 2: Jika sudah bocor, tutup dengan segera suis peti sejuk anda. Ini untuk mengelakkan minyak compressor bercampur dengan gas yang akan menyebabkan kerosakan kepada compressor anda. Kos untuk menukar compressor baru sangat mahal. 

 Untuk menyelesaikan masalah di atas, tempat bocor tadi hendaklah ditampal dengan gam khas dan gas perlu ditambah semula bagi menggantikan gas yang terkeluar.

Sunday 2 March 2014

Repair peti sejuk yang tak sejuk/kurang sejuk

Masalah Peti Sejuk:

Pada masa kini, pasti ada peti sejuk di setiap rumah sama ada 1 pintu atau 2 pintu. Masalah yang biasa dihadapi oleh peti sejuk ialah:
  1. Atas sejuk, bawah tak sejuk
  2. Atas dan bawah tak sejuk
  3. Bahagian atas tak beku
Majoriti pengguna menganggap jika peti ais tidak sejuk bermakna gas sudah habis. Sebenarnya gas peti sejuk tidak akan habis jika ia beroperasi tanpa henti. Gas hanya akan keluar jika ada bocor di bahagian piping.
Jika perkara di atas berlaku, salah satu komponen yang terdapat di dalam peti sejuk itu sudah tidak berfungsi.Komponen yang perlu diperiksa ialah defrost timer, thermostat, thermofuse, kipas ataupun suis pintu. Keempat-empat komponen tersebut perlu diperiksa dan perlu ditukar jika mengalami kerosakan.Selepas ditukar komponen yang rosak, Insya Allah peti sejuk anda akan sejuk seperti biasa.


Untuk khidmat repair dan baiki peti sejuk,mesin basuh,chiller,freezer dan dryer di sekitar Nilai, Kota Seriemas atau Bandar Enstek boleh hubungi 016 640 0554 (Syed). Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Rantau  boleh hubungi Rasidin (012 8683027). Bagi kawasan Port Dickson atau Teluk Kemang boleh hubungi Shahril (016 2228519).

Pengenalan

Untuk khidmat repair dan baiki peti sejuk,mesin basuh,chiller,freezer dan dryer di sekitar Putrajaya, Bangi atau Dengkil, boleh hubungi 018 236 3038 (Osman), Nilai, Kota Seriemas atau Bandar Enstek hubungi 016 640 0554 (Syed). Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Rantau  boleh hubungi Rasidin (012 8683027).