Thursday 27 November 2014

LCD TV - Tak boleh ON

Kebelakangan ini banyak mendapat panggilan daripada pelanggan mengatakan TV tiada power atau tak boleh ON selepas kejadian kilat atau petir.Apabila berlaku kilat, secara puratanya ia mampu menghasilkan 30 000 Ampere atau 1 billion hingga 10 billion Joules (J). Dengan bahasa mudah, mentol yang mempunyai 100 Watt memerlukan 100J untuk menyala dalam masa 1 saat. Jika mentol itu dibekalkan 1 billion Joule, ia akan menyala selama 116 hari. Sekarang anda boleh bayangkan kekuatan kilat terhadap barang elektrik anda.
Bagi TV yang mengalami masalah terkena kilat, komponen yang pertama diperiksa ialah fuse. Jika fuse OK, komponen lain perlu diperiksa seperti diode, transformer, MOSFET dan bridge rectifier. Setelah diperiksa TV di bawah, didapati terdapat diode yang telah rosak.

Gambar dan simbol diode

Cara untuk memeriksa diode, gunakan multimeter analog dan set pada x1 ohm. Probe hitam dan merah diletakkan di kedua-dua kaki diode. Tengok jarum pada multimeter naik atau tidak. Kemudian terbalikkan probe hitam dan merah pada kaki yang berlainan. Diode yang baik bacaan hanya naik pada satu hala sahaja.
Apakah fungsi diode? Diode ini dikenali sebagai silicone diode. Ia berperanan mengawal arus elektrik supaya mengalir sehala sahaja dengan bertujuan untuk melindungi komponen elektronik yang lain dari mendapat arus elektrik yang berlebihan. Setelah ditukar diode, TV telah beroperasi semula.


Tips untuk mengelakkan TV terkena kilat atau petir:
Jadi bagi mengelakkan TV anda terkena petir, cara yang paling mudah ialah mencabut plug TV dari dinding. Jika anda hanya tutup suis plug, arus elektrik dari petir masih boleh masuk ke dalam plug TV anda dan akan merosakkan papan di dalam litar jika suis TV dibuka.
Jika anda ingin membaiki TV  boleh whassup saya di 019 6015417 (Osman) di sekitar Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Salak Tinggi sahaja. Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Port Dickson boleh hubungi Rasidin (012 868 3027).
Sekian untuk kali ini.


Wednesday 12 November 2014

Tips Membeli Peti Sejuk

Bagaimana untuk memilih peti sejuk terbaik


Ramai pelanggan bertanya kepada saya jenis atau jenama peti sejuk apakah yang terbaik atau kurang menghadapi masalah. Sebenarnya tiada jenama peti sejuk yang tidak akan menghadapi masalah. Ini kerana peti sejuk merupakan satu peralatan elektrik yang bekerja 24 jam sehari tanpa henti. Lama kelamaan ia pasti akan mengalami kerosakan.
Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya, jenama dari Jepun lebih mudah untuk diperolehi alat ganti berbanding jenama dari Korea. Jadi jika peti sejuk jenama Jepun rosak, waktu yang diambil untuk membaiki lebih cepat disebabkan alat ganti yang telah tersedia.
Selain dari itu, beberapa faktor lain yang perlu dilihat ialah:
1)Peti sejuk dengan ice maker lebih mudah rosak berbanding peti sejuk tanpa ice maker (ini untuk side refrigerator).

Side refrigerator dengan ice maker



2)Peti sejuk yang mempunyai bahagian beku di bawah lebih cenderung untuk rosak berbanding peti sejuk yang mempunyai bahagian beku di atas.

Peti sejuk beku atas
 
Peti sejuk beku bawah


3)Peti sejuk buka tepi (side refrigerator) lebih mudah rosak berbanding peti sejuk 2 pintu biasa.
 Sumber dari http://applianceassistant.com/New-Appliances/Most-Reliable-Refrigerators.php

Jadi, berdasarkan maklumat di atas, anda bolehlah berkira-kira untuk membeli jenama apa yang sesuai dan kurang mengalami kerosakan.


Monday 10 November 2014

Repair chiller 1 pintu - Tak sejuk langsung

Lokasi - Taman Desa Dengkil

Masalah - Chilller Tak sejuk/kurang sejuk


Chiller 1 pintu

Chiller mempunyai sistem yang berbeza dengan peti sejuk. Fungsi utama chiller hanyalah memberikan udara sejuk kepada botol atau tin minuman. Suhu yang sesuai untuk chiller adalah 0 hingga 5C. Jika chiller anda tidak sejuk bermakna suhu telah meningkat kepada suhu bilik. Benda pertama yang perlu diperiksa ialah compressor. Selepas diperiksa didapati compressor chiller ini hidup tetapi telah lemah menyebabkannya tidak mampu menyedut gas untuk melalui cooling coil. Cara untuk mengetahui compressor ini kuat atau lemah ialah dengan memotong dua paip pada suction dan return. Selepas itu ON kan compressor dan rapatkan jari di bahagian suction dan 1 jari di tutup bahagian return. Jika ada rasa tarikan di bahagian suction bermakna compressor anda masih dalam keadaan baik. Jika lemah tarikan bermakna compressor anda telah lemah.

Sistem piping compressor







Selepas ditukar compressor baru, chiller ini berjaya dihidupkan dan sejuk semula seperti biasa.



Thursday 6 November 2014

Peti sejuk rosak- Atas sejuk tapi bawah tak sejuk(Part 1)

 Lokasi - Bukit Changgang

Masalah - Peti sejuk 2 pintu 


Cooling coil yang penuh dengan ais

Seringkali dapat panggilan dari pelanggan tentang masalah di atas. Ada yang telah menukar timer dan thermostat tapi masalah yang sama berulang kembali. Jika ini berlaku bermakna ada benda lain yang rosak seperti thermofuse. Thermofuse berfungsi melindungi heater dari beban arus elektrik yang terlalu tinggi. Jika thermofuse terbakar, arus elektrik tidak boleh sampai ke heater menyebabkan cooling coil penuh dengan ais seperti gambar di atas.

Contoh thermofuse


Thursday 12 June 2014

Repair mesin basuh - tak boleh wash (Part 1)

Water level sensor

Sistem water level

Seringkali pengguna menghadapi masalah mesin basuh yang boleh spin tapi tak boleh wash. Jika ini berlaku hanya terdapat kemungkinan berlaku kerosakan kepada 3 komponen ini; water level sensor, tubing ataupun pada board. Kali ini saya akan menceritakan mengenai water level sensor dan tubing dahulu.
Kebiasaannya, apabila mesin basuh di ON kan, air akan mengalir masuk melalui water inlet valve ke dalan drum. Pada level tertentu, air akan berhenti masuk dan motor akan berpusing untuk fungsi wash. Tetapi jika air tak berhenti mengalir masuk, maka ada kerosakan pada ketiga-tiga komponen tadi.
Apa peranan water level sensor dalam kes tadi? Water level sensor ataupun pressure switch berfungsi untuk mengesan paras air yang terdapat di dalam tub mesin basuh. Gambar pertama menunjukkan bagaimana tekanan udara memainkan peranan untuk membuka dan menutup valve yang terdapat pada water level sensor dan gambar kedua menunjukkan bagaimana sistem itu berfungsi. Selepas air mengalir masuk dan memenuhi level yang telah disetkan, tekanan udara akan memenuhi tubing seterusnya memberi isyarat kepada water level sensor. Water level sensor kemudian akan memberi isyarat kepada water inlet valve untuk memberhentikan aliran air. Selepas aliran air berhenti barulah motor boleh berpusing.

Cara mengesan kerosakan:
Untuk mengesan kerosakan sama ada pada tubing atau water level sensor adalah mudah.
1. Tubing - Buka tubing di bahagian bawah berhampiran dengan drum. Dalam keadaan air sedang mengalir, tiub tubing itu kemudian tutup dengan jari. Anda akan dapat lihat, air akan berhenti mengalir dan motor akan mula berputar. Jika itu berlaku, bermakna tubing anda tersumbat atau ada kebocoran. Bawa tubing tersebut ke kedai hardware atau akuarium untuk ditukar. Tubing berwarna putih dan transparent.
2.Water level sensor - Jika selepas anda tiub tubing tersebut, air masih mengalir, bermakna water level sensor anda telah rosak. Buka water level sensor tersebut dan bawa ke kedai spare part untuk ditukar.
3. Jika selepas tubing dan water level sensor ditukar motor masih tidak berpusing, bermakna board anda sudah rosak. Anda kena beli board baru atau kena program semula board tersebut.

Selamat mencuba. Jika anda mengalami masalah boleh hubungi atau whassup saya, Osman di 019-601 5417.




Sunday 6 April 2014

Repair Peti Sejuk - Compressor tak hidup

Overload Protector

Overload Protector



Jika compressor peti sejuk anda tiba-tiba tidak hidup atau tiada bunyi, kemungkinan overload protector anda telah rosak. Fungsi overload protector ialah melindungi compressor anda dari rosak jika berlaku overheat. Part ini terletak di sebelah winding motor compressor berhampiran dengan PTC relay. Gambar di atas menunjukkan 2 jenis protector yang terdapat pada peti sejuk.
Untuk menguji sama ada protector anda dalam keadaan baik atau tidak, gunakan multimeter untuk periksa continuity. Setkan multimeter pada ohm x10. Jika ada bacaan bermaksud protector dalam keadaan baik.Jika tiada bacaan, protector anda perlu ditukar.

Friday 21 March 2014

Timer Peti Sejuk

Defrost timer -Elba/LG
Defrost timer-Toshiba/Panasonic
Jika peti sejuk anda kurang sejuk, perkara pertama yang perlu diperiksa ialah defrost timer. Defrost timer terletak di bahagian belakang peti sejuk, berhampiran dengan compressor seperti ditunjukkan pada gambar di bawah.




Ia bergerak secara mekanikal dan mengawal proses defrost. Diagram di bawah menunjukkan defrost timer mempunyai 2 suis yang akan bergerak secara bergilir-gilir (alternate).


Kebiasaannya, compressor akan bekerja selama 6 atau 8 jam sebelum ia berhenti dan defrost timer akan ON kan heater selama 10-15 minit untuk proses defrost. Selepas defrost, compressor akan bekerja semula. Jika timer gagal berfungsi, proses defrost tak akan berlaku menyebabkan ais berkumpul di bahagian cooling coil. Keadaan ini menyebabkan udara sejuk tidak boleh tersebar ke bahagian lain dan peti sejuk anda akan menjadi kurang sejuk ataupun ais mengambil masa yang lama untuk menjadi beku.





Thursday 6 March 2014

Repair mesin basuh-Tak boleh spin (Part 1)


Lokasi - Bandar Baru Nilai

Masalah - Tak boleh spin


Door safety switch
Contoh door safety switch
Tak boleh spin:

Selepas proses wash dan rinse, kebiasaannya mesin basuh akan pergi ke proses spin untuk mengeringkan pakaian. Masalah berlaku apabila selepas proses rinse, alarm berbunyi walaupun pintu mesin basuh telah ditutup rapat. Jika perkara di atas berlaku, door safety switch atau lid switch anda perlu diperiksa.
Lid switch disambungkan dengan litar motor. Apabila pintu ditutup, litar kepada motor telah lengkap dan motor boleh bergerak untuk proses spin. Tetapi apabila pintu dibuka, litar turut terbuka menyebabkan bekalan elektrik tidak dapat disalurkan kepada motor dan motor tidak boleh berpusing. Lid switch berfungsi untuk mengelakkan kecederaan kepada pengguna.Lid swich yang rosak atau tidak berfungsi menyebabkan litar terbuka dan motor tidak dapat bekalan elektrik.

Cara-caranya:
  1. Spray dengan WD-40 tempat yang didapati berkarat pada lid switch tersebut. Selepas karat hilang, pasang semula.
  2. Jika mesin basuh masih tak boleh spin, lid switch tersebut telah rosak dan perlu ditukar dengan yang baru.

Tuesday 4 March 2014

Mesin basuh rosak-Air tak masuk



Lokasi -Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi

Masalah - air tak masuk / air tak keluar


Water inlet valve


Ini merupakan masalah yang sering terjadi kepada mesin basuh. Selepas butang ON ditekan pada display panel, air tidak mengalir masuk ke dalam drum. Jika perkara di atas berlaku, ada 2 kemungkinan:
  1. Filter di bahagian water inlet valve telah tersumbat. Anda perlu menanggalkan filter tersebut dan cuci dengan air bersih atau berus untuk mengeluarkan bendasing yang tersumbat pada filter.
  2. Selepas filter dibersihkan dan dipasang semula, air masih tak masuk. Ini bermakna water inlet valve anda telah rosak. Buka screw pengikat (4 screw) yang terdapat pada water inlet valve tersebut dan bawa ke kedai spare part untuk membeli water inlet valve yang baru.
Masalah air tak masuk mungkin selesai selepas anda membuat kedua-dua perkara di atas.

Monday 3 March 2014

Repair Peti ais 1 pintu-Tidak sejuk

Peti sejuk 1 pintu:

Masalah yang biasa dihadapi oleh peti sejuk 1 pintu ialah tidak sejuk. Sistem di dalam peti sejuk 1 pintu
adalah lebih ringkas berbanding dengan 2 pintu. Ia tiada kipas, defrost timer, defrost thermostat atau thermofuse. Jika peti sejuk anda tidak sejuk bermakna ada kebocoran di bahagian freezer. 

Masalah bocor ini disebabkan tindakan pengguna yang menggunakan pisau atau benda tajam untuk membuang ais yang terkumpul di bahagian freezer. Secara tidak sengaja benda tajam tersebut terkena cooling coil yang terletak di bahagian bawah freezer menyebabkan gas terkeluar. Untuk mengelakkan kejadian di atas, berikut ialah panduan untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku:

Tip 1: Jangan gunakan pisau untuk membuang ketulan ais. Gunakan air panas dan siram ke atas ais yang hendak dibuang.
Tip 2: Jika sudah bocor, tutup dengan segera suis peti sejuk anda. Ini untuk mengelakkan minyak compressor bercampur dengan gas yang akan menyebabkan kerosakan kepada compressor anda. Kos untuk menukar compressor baru sangat mahal. 

 Untuk menyelesaikan masalah di atas, tempat bocor tadi hendaklah ditampal dengan gam khas dan gas perlu ditambah semula bagi menggantikan gas yang terkeluar.

Sunday 2 March 2014

Repair peti sejuk yang tak sejuk/kurang sejuk

Masalah Peti Sejuk:

Pada masa kini, pasti ada peti sejuk di setiap rumah sama ada 1 pintu atau 2 pintu. Masalah yang biasa dihadapi oleh peti sejuk ialah:
  1. Atas sejuk, bawah tak sejuk
  2. Atas dan bawah tak sejuk
  3. Bahagian atas tak beku
Majoriti pengguna menganggap jika peti ais tidak sejuk bermakna gas sudah habis. Sebenarnya gas peti sejuk tidak akan habis jika ia beroperasi tanpa henti. Gas hanya akan keluar jika ada bocor di bahagian piping.
Jika perkara di atas berlaku, salah satu komponen yang terdapat di dalam peti sejuk itu sudah tidak berfungsi.Komponen yang perlu diperiksa ialah defrost timer, thermostat, thermofuse, kipas ataupun suis pintu. Keempat-empat komponen tersebut perlu diperiksa dan perlu ditukar jika mengalami kerosakan.Selepas ditukar komponen yang rosak, Insya Allah peti sejuk anda akan sejuk seperti biasa.


Untuk khidmat repair dan baiki peti sejuk,mesin basuh,chiller,freezer dan dryer di sekitar Nilai, Kota Seriemas atau Bandar Enstek boleh hubungi 016 640 0554 (Syed). Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Rantau  boleh hubungi Rasidin (012 8683027). Bagi kawasan Port Dickson atau Teluk Kemang boleh hubungi Shahril (016 2228519).

Pengenalan

Untuk khidmat repair dan baiki peti sejuk,mesin basuh,chiller,freezer dan dryer di sekitar Putrajaya, Bangi atau Dengkil, boleh hubungi 018 236 3038 (Osman), Nilai, Kota Seriemas atau Bandar Enstek hubungi 016 640 0554 (Syed). Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Rantau  boleh hubungi Rasidin (012 8683027).