Thursday 27 November 2014

LCD TV - Tak boleh ON

Kebelakangan ini banyak mendapat panggilan daripada pelanggan mengatakan TV tiada power atau tak boleh ON selepas kejadian kilat atau petir.Apabila berlaku kilat, secara puratanya ia mampu menghasilkan 30 000 Ampere atau 1 billion hingga 10 billion Joules (J). Dengan bahasa mudah, mentol yang mempunyai 100 Watt memerlukan 100J untuk menyala dalam masa 1 saat. Jika mentol itu dibekalkan 1 billion Joule, ia akan menyala selama 116 hari. Sekarang anda boleh bayangkan kekuatan kilat terhadap barang elektrik anda.
Bagi TV yang mengalami masalah terkena kilat, komponen yang pertama diperiksa ialah fuse. Jika fuse OK, komponen lain perlu diperiksa seperti diode, transformer, MOSFET dan bridge rectifier. Setelah diperiksa TV di bawah, didapati terdapat diode yang telah rosak.

Gambar dan simbol diode

Cara untuk memeriksa diode, gunakan multimeter analog dan set pada x1 ohm. Probe hitam dan merah diletakkan di kedua-dua kaki diode. Tengok jarum pada multimeter naik atau tidak. Kemudian terbalikkan probe hitam dan merah pada kaki yang berlainan. Diode yang baik bacaan hanya naik pada satu hala sahaja.
Apakah fungsi diode? Diode ini dikenali sebagai silicone diode. Ia berperanan mengawal arus elektrik supaya mengalir sehala sahaja dengan bertujuan untuk melindungi komponen elektronik yang lain dari mendapat arus elektrik yang berlebihan. Setelah ditukar diode, TV telah beroperasi semula.


Tips untuk mengelakkan TV terkena kilat atau petir:
Jadi bagi mengelakkan TV anda terkena petir, cara yang paling mudah ialah mencabut plug TV dari dinding. Jika anda hanya tutup suis plug, arus elektrik dari petir masih boleh masuk ke dalam plug TV anda dan akan merosakkan papan di dalam litar jika suis TV dibuka.
Jika anda ingin membaiki TV  boleh whassup saya di 019 6015417 (Osman) di sekitar Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Salak Tinggi sahaja. Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Port Dickson boleh hubungi Rasidin (012 868 3027).
Sekian untuk kali ini.


Wednesday 12 November 2014

Tips Membeli Peti Sejuk

Bagaimana untuk memilih peti sejuk terbaik


Ramai pelanggan bertanya kepada saya jenis atau jenama peti sejuk apakah yang terbaik atau kurang menghadapi masalah. Sebenarnya tiada jenama peti sejuk yang tidak akan menghadapi masalah. Ini kerana peti sejuk merupakan satu peralatan elektrik yang bekerja 24 jam sehari tanpa henti. Lama kelamaan ia pasti akan mengalami kerosakan.
Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya, jenama dari Jepun lebih mudah untuk diperolehi alat ganti berbanding jenama dari Korea. Jadi jika peti sejuk jenama Jepun rosak, waktu yang diambil untuk membaiki lebih cepat disebabkan alat ganti yang telah tersedia.
Selain dari itu, beberapa faktor lain yang perlu dilihat ialah:
1)Peti sejuk dengan ice maker lebih mudah rosak berbanding peti sejuk tanpa ice maker (ini untuk side refrigerator).

Side refrigerator dengan ice maker



2)Peti sejuk yang mempunyai bahagian beku di bawah lebih cenderung untuk rosak berbanding peti sejuk yang mempunyai bahagian beku di atas.

Peti sejuk beku atas
 
Peti sejuk beku bawah


3)Peti sejuk buka tepi (side refrigerator) lebih mudah rosak berbanding peti sejuk 2 pintu biasa.
 Sumber dari http://applianceassistant.com/New-Appliances/Most-Reliable-Refrigerators.php

Jadi, berdasarkan maklumat di atas, anda bolehlah berkira-kira untuk membeli jenama apa yang sesuai dan kurang mengalami kerosakan.


Monday 10 November 2014

Repair chiller 1 pintu - Tak sejuk langsung

Lokasi - Taman Desa Dengkil

Masalah - Chilller Tak sejuk/kurang sejuk


Chiller 1 pintu

Chiller mempunyai sistem yang berbeza dengan peti sejuk. Fungsi utama chiller hanyalah memberikan udara sejuk kepada botol atau tin minuman. Suhu yang sesuai untuk chiller adalah 0 hingga 5C. Jika chiller anda tidak sejuk bermakna suhu telah meningkat kepada suhu bilik. Benda pertama yang perlu diperiksa ialah compressor. Selepas diperiksa didapati compressor chiller ini hidup tetapi telah lemah menyebabkannya tidak mampu menyedut gas untuk melalui cooling coil. Cara untuk mengetahui compressor ini kuat atau lemah ialah dengan memotong dua paip pada suction dan return. Selepas itu ON kan compressor dan rapatkan jari di bahagian suction dan 1 jari di tutup bahagian return. Jika ada rasa tarikan di bahagian suction bermakna compressor anda masih dalam keadaan baik. Jika lemah tarikan bermakna compressor anda telah lemah.

Sistem piping compressor







Selepas ditukar compressor baru, chiller ini berjaya dihidupkan dan sejuk semula seperti biasa.



Thursday 6 November 2014

Peti sejuk rosak- Atas sejuk tapi bawah tak sejuk(Part 1)

 Lokasi - Bukit Changgang

Masalah - Peti sejuk 2 pintu 


Cooling coil yang penuh dengan ais

Seringkali dapat panggilan dari pelanggan tentang masalah di atas. Ada yang telah menukar timer dan thermostat tapi masalah yang sama berulang kembali. Jika ini berlaku bermakna ada benda lain yang rosak seperti thermofuse. Thermofuse berfungsi melindungi heater dari beban arus elektrik yang terlalu tinggi. Jika thermofuse terbakar, arus elektrik tidak boleh sampai ke heater menyebabkan cooling coil penuh dengan ais seperti gambar di atas.

Contoh thermofuse