Monday 11 September 2017

Mesin Basuh Panasonic 9Kg Tidak boleh Rinse dan Spin

Masalah : Tidak Boleh Rinse dan Spin

Lokasi    :  Senawang

Mesin  basuh ini boleh wash tetapi tidak boleh rinse dan spin. Dalam masa yang sama kedengaran bunyi ALARM menandakan ada ERROR pada mesin. 


Mesin basuh Panasonic 9kg

PCB Board


Setelah diperiksa didapati sensor pintu pada PCB board telah putus. Kerja membaiki sensor pintu dilakukan dan mesin basuh kembali normal. 

Jika mesin basuh atau peti ais anda rosak di sekitar Seremban, Senawang atau Rantau  boleh hubungi Rasidin (012 8683027).

Monday 5 June 2017

Wiring lampu dan kipas

Membuat pendawaian baru untuk lampu dan kipas

Lokasi : Seksyen 20, Shah Alam

Rumah ini adalah rumah teres setingkat dan telah didiami oleh tuan rumah hampir 20 tahun. Rumah ini menghadapi masalah power trip yang agak kerap. Selepas diperiksa, didapati ada wayar yang hampir reput menyebabkan bekalan elektrik sering terganggu. Cara penyelesaian ialah membuat
semula pendawaian untuk keseluruhan rumah serta menambah fuse di MCB.

Pemasangan hook kipas

Pemasangan lampu

Jika anda menghadapi masalah wiring dan pendawaian di rumah, boleh hubungi Rosnan di
013- 6345755.