Wednesday 24 October 2018

Mesin basuh Samsung - air tak masuk



      Mesin basuh jenama Samsung ini didapati tidak masuk air daripada sambungan paip. Bekalan air dari paip adalah laju dan tiada masalah.
      Selepas diperiksa menggunakan multimeter tiada bacaan pada valve tempat masuk air.
 
Water inlet valve


Selepas ditukar valve tersebut, air telah masuk seperti biasa.

Friday 12 October 2018

Mesin basuh Hitachi - Error f9

Masalah - Error f9


Mesin basuh jenama Hitachi ini akan mengeluarkan error f9 ketika hendak mula spin. Selepas diperiksa didapati magnet du bahagian motor telah hilang.
kedudukan magnet

Magnet tersebut berfungsi untuk mengesan kelajuan pusingan motor. Juga dikenali sebagai revolution sensor. Selepas ditukar magnet tersebut, mesin telah berfungsi seperti biasa.