Wednesday 22 April 2015

Mesin basuh manual/semi auto rosak- Tak boleh spin

Lokasi - Kota Warisan

Masalah - Bahagian spin tak berpusing

Kedudukan motor spin pada mesin basuh semi auto

Assalam. Kali ini saya ingin berkongsi masalah mesin basuh manual atau semi auto yang bahagian spin tak boleh berpusing. Kebiasaanya perkara di atas berlaku disebabkan motor spin telah rosak. Ini adalah masalah utama bagi pengguna yang menggunakan mesin basuh manual. Di dalam motor spin terdapat gegelung dawai tembaga untuk menggerakkan motor. Jika gegelung dawai ini terbakar, maka motor spin tidak boleh berfungsi.
Motor lama dan baru




 Motor yang lama perlu ditukar dengan motor baru supaya bahagian spin boleh berfungsi semula.

Tips untuk mengelakkan motor terbakar:
Untuk mengelakkan motor anda cepat terbakar, maksimum 2 round sahaja spin yang perlu dibuat dalam satu masa. Jika anda hendak buat spin lagi, tunggu hingga 1 jam untuk mengelakkan motor spin anda cepat panas.

Sekian untuk kali ini.


Sunday 12 April 2015

Repair mesin basuh - Air tak boleh bertakung

Lokasi - Cyberjaya

Masalah - Air tak boleh bertakung

Saluran bawah untuk air keluar

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pengguna mesin basuh auto ialah air tak boleh bertakung di dalam drum. Perkara ini berlaku disebabkan ada benda yang tersumbat di dalam saluran bawah untuk air keluar. Benda yang tersumbat itu menyebabkan getah hitam daripada drain pump tidak dapat menutup saluran sepenuhnya.
Untuk mengeluarkan bendasing tersebut, perlulah dibuka getah daripada drain pump seperti gambar di atas. Selepas dibuka, bolehlah diambil benda yang menghalang getah drain pump dari tertutup. Kebiasaannya, benda kecil seperti duit syiling atau dawai halus yang tersangkut di dalam laluan tersebut.


Thursday 2 April 2015

Repair chiller kedai

Lokasi : Presint 8, Putrajaya

Kerosakan : Compressor tidak berfungsi


Chiller 3 pintu




Gambar di atas ialah sebuah chiller kedai jenis 3 pintu. Kebiasaannya masalah chiller ialah tidak sejuk. Suhu yang sesuai untuk sebuah chiller antara 5 hingga 12 Celcius. Jika suhu chiller anda lebih tinggi dari 12 maka chiller anda akan menjadi kurang sejuk. Bermakna ada antara komponen yang mengalami masalah. Antaranya seperti capacitor lemah, motor kipas rosak, blower motor rosak, sirip condensor penuh habuk,gas kurang, thermostat rosak atau compressor rosak. Semua komponen di atas perlu diperiksa bagi mengenalpasti punca masalah.
Selepas diperiksa chiller di atas, didapati compressornya mengalami masalah. Untuk menukar compressor, banyak kerja perlu dilakukan seperti welding, vacuum gas dan memasukkan gas. Selepas ditukar compressor baru dengan 1/2 HP, chiller telah sejuk seperti biasa.