Thursday, 2 April 2015

Repair chiller kedai

Lokasi : Presint 8, Putrajaya

Kerosakan : Compressor tidak berfungsi


Chiller 3 pintu




Gambar di atas ialah sebuah chiller kedai jenis 3 pintu. Kebiasaannya masalah chiller ialah tidak sejuk. Suhu yang sesuai untuk sebuah chiller antara 5 hingga 12 Celcius. Jika suhu chiller anda lebih tinggi dari 12 maka chiller anda akan menjadi kurang sejuk. Bermakna ada antara komponen yang mengalami masalah. Antaranya seperti capacitor lemah, motor kipas rosak, blower motor rosak, sirip condensor penuh habuk,gas kurang, thermostat rosak atau compressor rosak. Semua komponen di atas perlu diperiksa bagi mengenalpasti punca masalah.
Selepas diperiksa chiller di atas, didapati compressornya mengalami masalah. Untuk menukar compressor, banyak kerja perlu dilakukan seperti welding, vacuum gas dan memasukkan gas. Selepas ditukar compressor baru dengan 1/2 HP, chiller telah sejuk seperti biasa.

1 comment:

  1. chiller satu pintu tidak sejuk serta digital meter menunjukan bacaan belainan drp bacaan macam biasa..pernah tukang datang repair dia tukar satu benda ,maaf x ingat apa namenya dh harga dalam rm500 kesemuanya..tetapi x sampai 2jam kembali mcm asal balik (tidak sejuk) nasib baik dikembalikan duit...tukang tu cakap blk kompresor yang rosok ..so nak kepastian dahulu sebelum tukar

    ReplyDelete