Saturday 28 March 2015

Peti sejuk satu pintu -bocor/tercucuk pisau

Lokasi : Bukit Mahkota

Masalah : Peti sejuk bocor - Tercucuk pisau

Selepas  dicucuk dengan pisau
Ini antara masalah yang biasa dihadapi oleh pengguna peti sejuk 1 pintu. Disebabkan hendak cepat membuang ketulan ais, peralatan yang tajam seperti pisau digunakan untuk membuang ais yang tebal. Walhal tanda amaran telah dilekatkan oleh pengeluar dilarang menggunakan benda tajam di bahagian atas peti sejuk.

Kesan lubang

Ini kerana laluan gas berada di bahagian bawah tempat freezer. Laluan tersebut dibuat dengan menggunakan kepingan aluminium yang nipis. Jika pisau terkena pada kepingan aluminium, sudah pasti gas akan terkeluar dan peti sejuk tidak akan sejuk lagi. Sebaiknya, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, tekan butang defrost di bahagian kawalan suhu supaya ais cair dengan sendiri.

Cara untuk baiki, kesan bocor atau lubang di bahagian freezer perlu ditambal dengan gam khas bernama Laco. Gam ini dibuat dari campuran epoxy sejenis material daripada komposit. Gam ini perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum disapu ke tempat yang bocor. Selepas ditampal, proses vacuum perlu dibuat untuk mengeluarkan gas lama yang terdapat di dalam saluran/coil.


Proses vacuum dan tambah gas

Seterusnya, barulah gas R-134a akan dimasukkan untuk menggantikan gas asal yang terkeluar tadi. Peti sejuk akan kembali sejuk seperti biasa selepas semua proses di atas dilakukan.

Tips:
Jika  selepas tercucuk freezer, anda hendaklah segera menutup suis peti sejuk anda. Ini bagi mengelakkan air masuk ke dalam saluran seterusnya boleh merosakkan compressor anda. Kos untuk menukar compressor sangat mahal.


Tuesday 24 March 2015

Pakej buat duit - Kelas membaiki mesin basuh dan peti sejuk





Saya ingin membuka kelas membaiki mesin basuh dan peti sejuk kepada sesiapa yang berminat. Kaedah belajar secara teori dan praktikal. Jangkamasa kursus 4 hari. Boleh belajar untuk membaiki peralatan sendiri atau juga boleh dibuat untuk mendapatkan side income. Whassup  019 6015417 (Osman) untuk lebih detail.


Monday 23 March 2015

Repair mesin basuh - wash dan spin pusing perlahan

 Lokasi : Bandar Baru Salak Tinggi

 Problem - Mesin basuh tak boleh wash dan spin

Kedudukan kapasitor

Assalam. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman repair mesin basuh yang tak boleh wash dan spin. Jika ini berlaku, salah satu penyebabnya adalah kapasitor yang telah lemah. Apakah fungsi kapasitor? Ia berfungsi untuk membantu meninggikan torque pada peringkat awal untuk menggerakkan motor. Selepas motor mula bergerak, litar kapasitor terputus membolehkan motor bergerak dengan sendiri. Tanpa daya torque yang dibekalkan oleh kapasitor, motor tidak boleh bergerak untuk proses wash atau spin.

Unit untuk kapasitor adalah uf. Kebiasaanya, mesin basuh 7kg menggunakan kapasitor 8uf, 9kg menggunakan 10uf dan seterusnya.
he start capacitor on a washing machine motor gets the motor up to speed quickly before transferring power to the run capacitor. When the start capacitor fails, the temptation is to replace the motor because it will hum, but it won't turn. Before considering the costly decision of replacing a motor, test the start capacitor to see if

Read more : http://www.ehow.com/how_2248619_check-washing-machine-start-capacitor.html
he start capacitor on a washing machine motor gets the motor up to speed quickly before transferring power to the run capacitor. When the start capacitor fails, the temptation is to replace the motor because it will hum, but it won't turn. Before considering the costly decision of replacing a motor, test the start capacitor to see if that's the problem.

Read more : http://www.ehow.com/how_2248619_check-washing-machine-start-capacitor.html

Saturday 7 March 2015

Repair mesin basuh - tak boleh spin (Part 2)

 Lokasi - Bandar Seri Putra

Masalah - Tak boleh spin

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat 2 jenis sensor pintu untuk mesin basuh. 1 jenis menggunakan contactor seperti yang saya terangkan pada Part 1. Lagi 1 menggunakan magnet. Kebiasaanya mesin basuh jenama LG atau Sharp menggunakan sensor pintu jenis magnet.

Kedudukan magnetic sensor






Kebiasaanya, magnet ini akan tertanggal disebabkan proses buka dan tutup pintu yang dilakukan setiap hari. Jika magnet ini tiada, akan keluar error seperti LE atau DE pada display board. Kesannya, proses wash atau spin tidak boleh berfungsi seperti biasa.

Magnetic sensor
Cara penyelesaiannya, magnet ini perlu diganti dan dilekatkan semula menggunakan duct tape. Masalah DE atau LE error akan selesai selepas magnet tersebut diganti.


Monday 2 March 2015

Repair mesin basuh tak boleh ON - Samsung

Lokasi : Presint 18, Putrajaya
Masalah : Tak boleh ON

Dapat panggilan dari customer mengatakan mesin basuh tiada power. Selepas sampai di lokasi, periksa main plug dan wiring semua OK, tiada masalah.


Mesin basuh Samsung - 7kg
Selepas itu, periksa PCB board didapati masih baru. Untuk mendapatkan kepastian, saya membuat direct wiring dari main plug tetapi masih tiada power pada mesin basuh. Nampaknya confirm, PCB board ni dah rosak.

PCB board
Customer beritau baru tukar PCB board lebih kurang sebulan. Selepas ditanya, adakah water inlet valve ditukar sekali, customer beritau ia tidak ditukar. Nampaknya punca kerosakan datang dari water inlet valve.

Untuk pengetahuan pembaca, inilah penyakit mesin basuh Samsung. Jika hendak menukar PCB board, water inlet valve perlu ditukar sekali. Jika tidak, water inlet valve yang lama jika rosak akan membekalkan  arus elektrik yang lebih tinggi menyebabkan berlaku kerosakan kepada PCB board. Anda akan mengalami kerugian kerana terpaksa membeli PCB board yang baru. Harga PCB board baru agak mahal dalam lingkungan 200 ke 300.

Water inlet valve
 Kebiasaannya, model Samsung yang macam ni memang mengalami masalah yang sama. Untuk model Samsung yang lain agak kurang masalah seperti ni. Sekian untuk catitan hari ini.