Thursday 27 November 2014

LCD TV - Tak boleh ON

Kebelakangan ini banyak mendapat panggilan daripada pelanggan mengatakan TV tiada power atau tak boleh ON selepas kejadian kilat atau petir.Apabila berlaku kilat, secara puratanya ia mampu menghasilkan 30 000 Ampere atau 1 billion hingga 10 billion Joules (J). Dengan bahasa mudah, mentol yang mempunyai 100 Watt memerlukan 100J untuk menyala dalam masa 1 saat. Jika mentol itu dibekalkan 1 billion Joule, ia akan menyala selama 116 hari. Sekarang anda boleh bayangkan kekuatan kilat terhadap barang elektrik anda.
Bagi TV yang mengalami masalah terkena kilat, komponen yang pertama diperiksa ialah fuse. Jika fuse OK, komponen lain perlu diperiksa seperti diode, transformer, MOSFET dan bridge rectifier. Setelah diperiksa TV di bawah, didapati terdapat diode yang telah rosak.

Gambar dan simbol diode

Cara untuk memeriksa diode, gunakan multimeter analog dan set pada x1 ohm. Probe hitam dan merah diletakkan di kedua-dua kaki diode. Tengok jarum pada multimeter naik atau tidak. Kemudian terbalikkan probe hitam dan merah pada kaki yang berlainan. Diode yang baik bacaan hanya naik pada satu hala sahaja.
Apakah fungsi diode? Diode ini dikenali sebagai silicone diode. Ia berperanan mengawal arus elektrik supaya mengalir sehala sahaja dengan bertujuan untuk melindungi komponen elektronik yang lain dari mendapat arus elektrik yang berlebihan. Setelah ditukar diode, TV telah beroperasi semula.


Tips untuk mengelakkan TV terkena kilat atau petir:
Jadi bagi mengelakkan TV anda terkena petir, cara yang paling mudah ialah mencabut plug TV dari dinding. Jika anda hanya tutup suis plug, arus elektrik dari petir masih boleh masuk ke dalam plug TV anda dan akan merosakkan papan di dalam litar jika suis TV dibuka.
Jika anda ingin membaiki TV  boleh whassup saya di 019 6015417 (Osman) di sekitar Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Salak Tinggi sahaja. Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Port Dickson boleh hubungi Rasidin (012 868 3027).
Sekian untuk kali ini.


5 comments:

  1. Assalamualaikum,saya punya tv lcd LGLD330 rosak kena kilat.langsung tak hidup.ape yang perlu saya check dan tukar.harap boleh membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena check banyak part. fuse, diode, kapasitor atau ic

      Delete
    2. Saya ada jumpa ic tbakar dah tukar tapi tv lcd ni tetap tak hidup.

      Delete
    3. kalau kat lcd ada tompok2 putih sebab apa? lebih jelas kalau background gelap/hitam.

      Delete