Bagi TV yang mengalami masalah terkena kilat, komponen yang pertama diperiksa ialah fuse. Jika fuse OK, komponen lain perlu diperiksa seperti diode, transformer, MOSFET dan bridge rectifier. Setelah diperiksa TV di bawah, didapati terdapat diode yang telah rosak.
Gambar dan simbol diode |
Cara untuk memeriksa diode, gunakan multimeter analog dan set pada x1 ohm. Probe hitam dan merah diletakkan di kedua-dua kaki diode. Tengok jarum pada multimeter naik atau tidak. Kemudian terbalikkan probe hitam dan merah pada kaki yang berlainan. Diode yang baik bacaan hanya naik pada satu hala sahaja.
Apakah fungsi diode? Diode ini dikenali sebagai silicone diode. Ia berperanan mengawal arus elektrik supaya mengalir sehala sahaja dengan bertujuan untuk melindungi komponen elektronik yang lain dari mendapat arus elektrik yang berlebihan. Setelah ditukar diode, TV telah beroperasi semula.
Tips untuk mengelakkan TV terkena kilat atau petir:
Jadi bagi mengelakkan TV anda terkena petir, cara yang paling mudah ialah mencabut plug TV dari dinding. Jika anda hanya tutup suis plug, arus elektrik dari petir masih boleh masuk ke dalam plug TV anda dan akan merosakkan papan di dalam litar jika suis TV dibuka.
Jika anda ingin membaiki TV boleh whassup saya di 019 6015417 (Osman) di sekitar Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Salak Tinggi sahaja. Untuk kawasan Seremban, Senawang atau Port Dickson boleh hubungi Rasidin (012 868 3027).
Sekian untuk kali ini.