Masalah - Peti sejuk lambat beku
Peti sejuk jenama Sharp ini mengalami masalah lambat beku di bahagian freezer. Selepas diperiksa, didapati kipas di bahagian atas tak berpusing. Selepas ditekan suis pintu, kipas masih tak berpusing. Jika kipas peti sejuk anda tidak berfungsi, peti sejuk anda akan menghadapi masalah lambat beku. Ini kerana udara sejuk dari cooling coil tidak boleh circulate ke seluruh bahagian freezer.
Kedudukan suis pintu |
Ada 2 sebab kenapa kipas tak berfungsi; motor kipas jem atau suis pintu telah rosak. Selepas diperiksa, didapati motor kipas tiada masalah. Bermakna suis pintu peti sejuk ini telah rosak dan perlu diganti baru.
Suis pintu selepas dikeluarkan |
Selepas ditukar, kipas kembali berpusing seperti biasa dan peti sejuk akan sejuk dan beku sepenuhnya. Jika anda memerlukan khidmat repair di kawasan Seremban, Senawang, atau Rantau boleh hubungi Rasidin (012 8683027). Untuk kawasan Port Dickson atau Teluk Kemang boleh hubungi Shahril : 016 2228519
Salam bro,
ReplyDeleteNak tanya berapa lama perlu tunggu utk on semula peti sejuk slps transported ke tempat lain?
Tq
wsalam.paling bagus 24 jam
ReplyDeletePeti sejuk sy bru 2thn guna...recently buat hal...x sejuk..ais pun xda..bila off/on balik peti sejuk tu berbunyi n bergegar...apa mslh peti sy tu..bole terangkn...sharp brnd..tq
ReplyDeletekena check relay, compressor atau board
DeleteSalaam En Rosman,
ReplyDeletePeti sejuk saya berusia 15 tahun, semalam tiada apa2 tindakbalas kesejukan atau bunyi mesin pemampat, akan tetapi lampu masih menyala.
Adakah disebabkan kerosakan papan litar atau pemampat?
Bolehkah & berbaloikah untuk dibaiki?
Sekiranya berbaloi, berapakah anggaran kos dan bolehkah Encik membaikinya di rumah saya?
sekian terima kasih.
kena check compressor atau board
Delete