Thursday, 12 November 2020

Buat Duit Dengan Rumah Lelong

 

  • Anda pernah mendengar berkenaan rumah lelong?
  • Adakah rumah lelong adalah rumah yang buruk dan banyak yang perlu diperbaiki?
  • Anda fikir membeli rumah lelong perlukan deposit yang banyak?
  • Anda berfikiran proses jual beli  yang rumit dan tidak tahu cara untuk membeli?

Jika itu persoalan anda, kami ada penyelesaiannya;  3 in 1 Combo E-book Rumah Lelong


Setiap masalah.. Pasti ada SOLUTION...

Aik? Rumah Lelong? 

Macam mana cara nak menang bid? Nak tengok senarai rumah lelong kat mana ya?

Saya tahu.. Macam-macam persoalan yang sedang bermain di fikiran anda..

Sila bertenang dan baca dulu sampai habis.. anda akan temui SOLUSI nanti.


ADA ORANG BELI RUMAH LELONG DENGAN BERILMU, AWAL-AWAL MENANG BUAT UNTUNG RM200,000.

ADA ORANG BELI RUMAH LELONG TANPA ILMU,  AWAL-AWAL DAH RUGI RM50,000 


Sepanjang saya berada dalam bidang hartanah rumah lelong,

ada  5 PERMASALAHAN UTAMA  yang selalu diutarakan

    1. Macam mana nak pilih RUMAH LELONG TERBAIK dan MENGUNTUNGKAN?
    2. Kat mana nak tengok senarai beribu-ribu LISTING RUMAH LELONG lelong supaya senang nak pilih?
    3. Macamana cara STEP BY STEP untuk buat BIDAAN rumah lelong?

    4. Macamana cara nak ELAKKAN KESILAPAN dan RISIKO semasa membeli rumah lelong?

5. Macamana cara nak BELI DAN BIDA RUMAH LELONG secara online - E-BIDDING je?..... dan banyak lagi.

Baiklah, mari saya nak cerita tentang  


KELEBIHAN MEMBELI RUMAH LELONG :


    1. Rumah lelong menawarkan harga yang  JAUH LEBIH RENDAH  dari harga pasaran.

    2. Rumah lelong BANYAK PILIHAN kawasan.. setiap negeri ada je rumah lelong tau..

    3. KOS GUAMAN LEBIH MURAH dan tidak perlu bayar kos S&P (Sales & Purchase Agreement)

    4. Rumah lelong TIDAK PERLU TUNGGU MASA YANG LAMA kerana kawasan tersebut sudah ‘matured’

    5. Kadar keuntungan  LEBIH TINGGI  dan  LEBIH CEPAT  kerana boleh memiliki rumah di BAWAH HARGA PASARAN sehingga mencecah 60%.

    Semuanya saya kupas satu persatu lebih lengkap dan padat di dalam 

    3 in 1 Combo E-book Rumah Lelong


    • PANDUAN LENGKAP bagi anda yang ingin membeli hartanah lelong sama ada melalui ebidding ataupun offline. 

    • Panduan ini WAJIB dibaca sebelum beli rumah lelong

    •  SETIAP LANGKAH-LANGKAH perlu difahami sebelum membeli hartanah lelong bagi mengelakkan sebarang risiko kerugian.

    •  Sebelum beli mana mana hartanah lelong , wajib baca panduan ini dulu .

    •  Ulasan berkenaan PoS , BUTIRAN HARTANAH ada diceritakan dalam karya ini

    •  Setiap process flow telah ulas dengan terperinci bagi memudahkan anda memahami cara cara dan tips dalam pembelian hartanah lelong

    •  Ini boleh memaksimumkan lagi keuntungan anda dalam pelaburan hartanah lelong.

    •  Menarik? Teruskan bacaan


•  11 Real Case Study merangkumi pembelian dari lelongan bank berdasarkan pengalaman sebenar Penulis. 

•  Anda boleh lihat lokasi kediaman dan harga yang penulis menang. Ini adalah real case study, bukan sekadar teori bukti pembelian penulis sendiri dilampirkan untuk dijadikan rujukan.

•  Waktu beli dari lelongan awam pun dah buat untung sebab harga menang jauh lebih murah dari harga pasaran semasa.


•  Ebook ini merupakan pengenalan tentang hartanah lelong.

•  Kenapa harga rezab hartanah lelong murah?

•  Faham dulu process flow pelaburan hartanah lelong dan nilaikan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk masuk bidding unit lelong tersebut

•  Kenapa bayar lebih jika anda boleh dapat yang lebih murah dari pasaran lelong.

•  Fahami jerangkap yang terdapat di dalam pasaran hartanah lelong.

•  Jangan terperangkap dan mengalami kerugian yang meragut kemanisan dalam pembelian hartanah lelongan.

•  Pelajari langkah demi langkah untuk memastikan keuntungan direbut dan dimanfaat sebaik mungkin.

•  Elakkan keuntungan bertukar menjadi kerugian yang besar sekiranya anda tidak ketahui cara yang sebenar.

•  Ebook ini membantu anda faham dan mengalak mengulangi kerugian yang dialami oleh pembeli lain yang membeli melalui hartanah lelongan.

•  Tak sabar nak dapat sekarang? Skroll bawah untuk pembelian segera. 





Harga setiap satu E-book ini adalah RM49 . Bermakna 3 e-book ini berharga RM49 x 3 naskah = RM147 . Hari Ini  3 in 1 Kombo E-book Rumah Lelong ini , harganya cuma RM69 sahaja. 

Dapatkan Combo Panduan Lengkap Pelaburan Hartanah Lelong ini Cepat !!!


Dan paling MAHAL adalah dapat FREE masuk secret group FACEBOOK yang bernilai RM599

Dalam support group ada macam-macam video sebagai panduan anda dalam Dunia LELONG...

Bertindak segera sebelum harga combo ini NAIK !!

 

Click di sini untuk membuat pembelian: 

Wednesday, 24 October 2018

Mesin basuh Samsung - air tak masuk



      Mesin basuh jenama Samsung ini didapati tidak masuk air daripada sambungan paip. Bekalan air dari paip adalah laju dan tiada masalah.
      Selepas diperiksa menggunakan multimeter tiada bacaan pada valve tempat masuk air.
 
Water inlet valve


Selepas ditukar valve tersebut, air telah masuk seperti biasa.

Friday, 12 October 2018

Mesin basuh Hitachi - Error f9

Masalah - Error f9


Mesin basuh jenama Hitachi ini akan mengeluarkan error f9 ketika hendak mula spin. Selepas diperiksa didapati magnet du bahagian motor telah hilang.
kedudukan magnet

Magnet tersebut berfungsi untuk mengesan kelajuan pusingan motor. Juga dikenali sebagai revolution sensor. Selepas ditukar magnet tersebut, mesin telah berfungsi seperti biasa.

Monday, 26 March 2018

Mesin basuh Sharp - Error LE

Lokasi - Salak Tinggi

Masalah - Keluar error LE

Mesin basuh jenama Sharp ini mengeluarkan alarm LE ketika hendak spin.

Mesin basuh jenama Sharp

Selepas diperiksa, didapati sensor pintu telah rosak menyebabkan signal tidak dapat dihantar ke PCB board.

Sensor pintu

Biasanya sensor ini telah berkarat pada bahagian besi connector. Selepas dibersihkan dengan kertas pasir, ia kembali beroperasi seperti biasa.


Sila hubungi untuk khidmat repair dan baiki peti sejuk,mesin basuh,chiller,freezer dan dryer di sekitar Nilai/Kota Seriemas/Bandar Enstek- Syed (018 2784602).
Seremban/Senawang/Rantau-Rasidin (012 8683027).
Alor Star/Pendang/Gurun - Md Zin (014 3585118)
Putrajaya/Cyberjaya/Salak Tinggi/Bangi - Osman (010 7908943)

Thursday, 22 March 2018

Buat duit dari rumah dan pasif income

Ketahui dengan segera cara anda boleh buat duit dengan mudah. Hanya menggunakan komputer atau handphone anda. Jana income anda secara berterusan dari internet ke akaun bank anda. Bekerja di mana-mana tempat yang anda suka asalkan ada komputer atau handphone serta line internet.

Jika anda berminat dengan lebih lanjut untuk buat duit secara online dan mendapatkan pasif income, click link berikut: https://mudahonline.com/1481643 atau wasap saya, Osman (010 7908943)

Monday, 22 January 2018

Mesin basuh Electrolux tiada power

Masalah : Tiada power

Lokasi    :  Kota Warisan

Mesin  basuh Electrolux model EWF 10841 ini menghadapi masalah tiada power dan display di board. Selepas diperiksa didapati ada supply yang masuk tetapi lepas board tiada volt yang diperolehi.

Tiada display 

PCB board


Kesimpulannya, PCB board ini telah rosak. Selepas ditukar board baru, mesin basuh ini kembali mempunyai power dan display.


Untuk khidmat repair dan baiki peti sejuk,mesin basuh,chiller,freezer dan dryer di sekitar 
Nilai/Kota Seriemas/Bandar Enstek - Syed (018 2784602).
Seremban/Senawang/Rantau - Rasidin (012 8683027).
Alor Star/Pendang/Gurun - Md Zin (014 3585118)
Putrajaya/Cyberjaya/Salak Tinggi/Bangi - Osman (010 7908943)


Monday, 11 September 2017

Mesin Basuh Panasonic 9Kg Tidak boleh Rinse dan Spin

Masalah : Tidak Boleh Rinse dan Spin

Lokasi    :  Senawang

Mesin  basuh ini boleh wash tetapi tidak boleh rinse dan spin. Dalam masa yang sama kedengaran bunyi ALARM menandakan ada ERROR pada mesin. 


Mesin basuh Panasonic 9kg

PCB Board


Setelah diperiksa didapati sensor pintu pada PCB board telah putus. Kerja membaiki sensor pintu dilakukan dan mesin basuh kembali normal. 

Jika mesin basuh atau peti ais anda rosak di sekitar Seremban, Senawang atau Rantau  boleh hubungi Rasidin (012 8683027).

Monday, 5 June 2017

Wiring lampu dan kipas

Membuat pendawaian baru untuk lampu dan kipas

Lokasi : Seksyen 20, Shah Alam

Rumah ini adalah rumah teres setingkat dan telah didiami oleh tuan rumah hampir 20 tahun. Rumah ini menghadapi masalah power trip yang agak kerap. Selepas diperiksa, didapati ada wayar yang hampir reput menyebabkan bekalan elektrik sering terganggu. Cara penyelesaian ialah membuat
semula pendawaian untuk keseluruhan rumah serta menambah fuse di MCB.

Pemasangan hook kipas

Pemasangan lampu

Jika anda menghadapi masalah wiring dan pendawaian di rumah, boleh hubungi Rosnan di
013- 6345755.

Tuesday, 25 October 2016

Mesin basuh keluar Error E2

Lokasi - Bandar Baru Nilai

Masalah - Mesin basuh keluar Error E2


Error E2

Mesin basuh jenama Elektrolux ini mengalami masalah error E2 sebaik sahaja suis start ditekan di board. Selepas diperiksa di bahagian board didapati satu wayar telah putus. 

Wayar putus


Selepas disambung semula, error telah hilang dan mesin kembali berfungsi seperti biasa.


Tuesday, 19 January 2016

Mesin basuh - Air tak masuk

Problem - Air tak keluar

Lokasi - Presint 14, Putrajaya



Panasonic model NA-F90B2
Panasonic 9.0kg

Mesin basuh Panasonic ini menghadapi masalah air tak masuk dari bahagian atas. Selepas diperiksa didapati water inlet valve dalam keadaan baik. Bermakna kerosakan pada bahagian power board.


Power board


Selepas ditukar power board, air masuk seperti biasa.

Wednesday, 28 October 2015

Peti sejuk lambat beku

Lokasi - Bandar Seremban Selatan

Masalah - Peti sejuk lambat beku


Peti sejuk jenama Sharp ini mengalami masalah lambat beku di bahagian freezer. Selepas diperiksa, didapati kipas di bahagian atas tak berpusing. Selepas ditekan suis pintu, kipas masih tak berpusing. Jika kipas peti sejuk anda tidak berfungsi, peti sejuk anda akan menghadapi masalah lambat beku. Ini kerana udara sejuk dari cooling coil tidak boleh circulate ke seluruh bahagian freezer.


Kedudukan suis pintu

Ada 2 sebab kenapa kipas tak berfungsi; motor kipas jem atau suis pintu telah rosak. Selepas diperiksa, didapati motor kipas tiada masalah. Bermakna suis pintu peti sejuk ini telah rosak dan perlu diganti baru.

Suis pintu selepas dikeluarkan

Selepas ditukar, kipas kembali berpusing seperti biasa dan peti sejuk akan sejuk dan beku sepenuhnya. Jika anda memerlukan khidmat repair di kawasan Seremban, Senawang, atau Rantau boleh hubungi Rasidin (012 8683027). Untuk kawasan Port Dickson atau Teluk Kemang boleh hubungi Shahril : 016 2228519



Tuesday, 1 September 2015

Mesin basuh Toshiba tak boleh spin

Mesin basuh Toshiba 10kg

Masalah - Tak boleh spin

Lokasi - Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Mesin basuh ni boleh wash tapi mempunyai masalah untuk spin. Selepas diperiksa, didapati semasa spin drumnya tidak berpusing tetapi pulsator yang berpusing. Perkara tersebut berlaku disebabkan mekanisme gearbox yang mengalami kerosakan kerana tidak boleh menarik drum ketika proses spin hendak dilakukan.

Gearbox asal sebelum dibuka

Gearbox asal selepas dibuka

   
Gearbox baru



Untuk pengetahuan pembaca, kos menukar gearbox agak mahal. Selepas diterangkan kepada pelanggan tentang part yang rosak dan harga yang perlu dibayar, pelanggan bersetuju dengan harga yang ditetapkan.

Gearbox asal perlu dibuka sebelum boleh diganti dengan gearbox baru. Gearbox Toshiba agak unik sedikit kerana ia dipasang dengan tapak sekali seperti gambar di atas. Selepas diganti gearbox baru, mesin basuh ini boleh wash dan spin seperti biasa.

Wednesday, 24 June 2015

Peti sejuk bawah kurang sejuk

Lokasi - Taman Emas, Dengkil

Masalah - Atas sejuk tapi bawah tak sejuk

Selain daripada masalah timer, thermostat atau heater yang boleh menyebabkan bahagian bawah peti sejuk kurang sejuk, ada lagi punca lain berlakunya masalah di atas.

Ais di bahagian tengah saluran udara
   Ketulan ais yang terdapat di bahagian tersebut menghalang udara sejuk dari bahagian freezer untuk turun ke bahagian bawah menyebabkan bahagian bawah tidak sejuk. Bagaimana ais ini boleh terbentuk? Ais ini terbentuk disebabkan saluran air dari bahagian freezer tersumbat menyebabkannya tidak boleh turun ke takungan air di bahagian belakang peti sejuk. Saluran yang tersumbat ini menyebabkan air melimpah dan turun ke saluran udara lalu membentuk ais.


Part ini perlu dibuka untuk mencairkan ais

Untuk mengelakkan ais terjadi, lubang yang tersumbat di bahagian freezer perlu dijolok dengan dawai bagi mengeluarkan bendasing di dalam saluran itu. Anda akan dapat lihat air akan keluar di bahagian belakang jika bendasing berjaya dikeluarkan.
Itu bermakna saluran air telah kembali normal seperti biasa dan masalah peti sejuk anda telah berjaya diselesaikan.

Wednesday, 20 May 2015

Mesin basuh front load electrolux - Tiada power

Lokasi - Presint 9, Putrajaya

Masalah - Tiada power


Mesin basuh front load jenis Electrolux ini didapati tiada apa-apa lampu yang menyala di bahagian display board. Selepas diperiksa, didapati ada power supply yang masuk cuma tidak sampai di bahagian display board. Mesin basuh front load model ini mempunyai 2 board, 1 mainboard dan 1 lagi, display board.

Main board

Fungsi main board ini untuk mengawal segala fungsi mesin basuh dan supply ke display board. Didapati board ini tidak boleh supply current ke display board menyebabkan tiada lampu di bahagian display.
Main board ini berada di bersebelahan drum. Perlu dibuka bahagian bawah untuk mendapatkan main board ini.

Kedudukan main board
Selepas ditukar main board yang baru, lampu display kembali menyala dan mesin basuh ini berfungsi seperti biasa.
Display kembali menyala

Jika anda memerlukan bantuan boleh hubungi saya, Osman di 019-6015417 (whassup sahaja).   Untuk kawasan Nilai, Kota Seriemas atau Bandar Enstek boleh hubungi 016 640 0554 (Syed). Untuk kawasan Seremban, Senawang, Rantau atau Port Dickson boleh hubungi Rasidin (012 8683027)

Wednesday, 22 April 2015

Mesin basuh manual/semi auto rosak- Tak boleh spin

Lokasi - Kota Warisan

Masalah - Bahagian spin tak berpusing

Kedudukan motor spin pada mesin basuh semi auto

Assalam. Kali ini saya ingin berkongsi masalah mesin basuh manual atau semi auto yang bahagian spin tak boleh berpusing. Kebiasaanya perkara di atas berlaku disebabkan motor spin telah rosak. Ini adalah masalah utama bagi pengguna yang menggunakan mesin basuh manual. Di dalam motor spin terdapat gegelung dawai tembaga untuk menggerakkan motor. Jika gegelung dawai ini terbakar, maka motor spin tidak boleh berfungsi.
Motor lama dan baru




 Motor yang lama perlu ditukar dengan motor baru supaya bahagian spin boleh berfungsi semula.

Tips untuk mengelakkan motor terbakar:
Untuk mengelakkan motor anda cepat terbakar, maksimum 2 round sahaja spin yang perlu dibuat dalam satu masa. Jika anda hendak buat spin lagi, tunggu hingga 1 jam untuk mengelakkan motor spin anda cepat panas.

Sekian untuk kali ini.