Tuesday, 25 October 2016

Mesin basuh keluar Error E2

Lokasi - Bandar Baru Nilai

Masalah - Mesin basuh keluar Error E2


Error E2

Mesin basuh jenama Elektrolux ini mengalami masalah error E2 sebaik sahaja suis start ditekan di board. Selepas diperiksa di bahagian board didapati satu wayar telah putus. 

Wayar putus


Selepas disambung semula, error telah hilang dan mesin kembali berfungsi seperti biasa.


Tuesday, 19 January 2016

Mesin basuh - Air tak masuk

Problem - Air tak keluar

Lokasi - Presint 14, Putrajaya



Panasonic model NA-F90B2
Panasonic 9.0kg

Mesin basuh Panasonic ini menghadapi masalah air tak masuk dari bahagian atas. Selepas diperiksa didapati water inlet valve dalam keadaan baik. Bermakna kerosakan pada bahagian power board.


Power board


Selepas ditukar power board, air masuk seperti biasa.

Wednesday, 28 October 2015

Peti sejuk lambat beku

Lokasi - Bandar Seremban Selatan

Masalah - Peti sejuk lambat beku


Peti sejuk jenama Sharp ini mengalami masalah lambat beku di bahagian freezer. Selepas diperiksa, didapati kipas di bahagian atas tak berpusing. Selepas ditekan suis pintu, kipas masih tak berpusing. Jika kipas peti sejuk anda tidak berfungsi, peti sejuk anda akan menghadapi masalah lambat beku. Ini kerana udara sejuk dari cooling coil tidak boleh circulate ke seluruh bahagian freezer.


Kedudukan suis pintu

Ada 2 sebab kenapa kipas tak berfungsi; motor kipas jem atau suis pintu telah rosak. Selepas diperiksa, didapati motor kipas tiada masalah. Bermakna suis pintu peti sejuk ini telah rosak dan perlu diganti baru.

Suis pintu selepas dikeluarkan

Selepas ditukar, kipas kembali berpusing seperti biasa dan peti sejuk akan sejuk dan beku sepenuhnya. Jika anda memerlukan khidmat repair di kawasan Seremban, Senawang, atau Rantau boleh hubungi Rasidin (012 8683027). Untuk kawasan Port Dickson atau Teluk Kemang boleh hubungi Shahril : 016 2228519



Tuesday, 1 September 2015

Mesin basuh Toshiba tak boleh spin

Mesin basuh Toshiba 10kg

Masalah - Tak boleh spin

Lokasi - Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Mesin basuh ni boleh wash tapi mempunyai masalah untuk spin. Selepas diperiksa, didapati semasa spin drumnya tidak berpusing tetapi pulsator yang berpusing. Perkara tersebut berlaku disebabkan mekanisme gearbox yang mengalami kerosakan kerana tidak boleh menarik drum ketika proses spin hendak dilakukan.

Gearbox asal sebelum dibuka

Gearbox asal selepas dibuka

   
Gearbox baru



Untuk pengetahuan pembaca, kos menukar gearbox agak mahal. Selepas diterangkan kepada pelanggan tentang part yang rosak dan harga yang perlu dibayar, pelanggan bersetuju dengan harga yang ditetapkan.

Gearbox asal perlu dibuka sebelum boleh diganti dengan gearbox baru. Gearbox Toshiba agak unik sedikit kerana ia dipasang dengan tapak sekali seperti gambar di atas. Selepas diganti gearbox baru, mesin basuh ini boleh wash dan spin seperti biasa.

Wednesday, 24 June 2015

Peti sejuk bawah kurang sejuk

Lokasi - Taman Emas, Dengkil

Masalah - Atas sejuk tapi bawah tak sejuk

Selain daripada masalah timer, thermostat atau heater yang boleh menyebabkan bahagian bawah peti sejuk kurang sejuk, ada lagi punca lain berlakunya masalah di atas.

Ais di bahagian tengah saluran udara
   Ketulan ais yang terdapat di bahagian tersebut menghalang udara sejuk dari bahagian freezer untuk turun ke bahagian bawah menyebabkan bahagian bawah tidak sejuk. Bagaimana ais ini boleh terbentuk? Ais ini terbentuk disebabkan saluran air dari bahagian freezer tersumbat menyebabkannya tidak boleh turun ke takungan air di bahagian belakang peti sejuk. Saluran yang tersumbat ini menyebabkan air melimpah dan turun ke saluran udara lalu membentuk ais.


Part ini perlu dibuka untuk mencairkan ais

Untuk mengelakkan ais terjadi, lubang yang tersumbat di bahagian freezer perlu dijolok dengan dawai bagi mengeluarkan bendasing di dalam saluran itu. Anda akan dapat lihat air akan keluar di bahagian belakang jika bendasing berjaya dikeluarkan.
Itu bermakna saluran air telah kembali normal seperti biasa dan masalah peti sejuk anda telah berjaya diselesaikan.

Wednesday, 20 May 2015

Mesin basuh front load electrolux - Tiada power

Lokasi - Presint 9, Putrajaya

Masalah - Tiada power


Mesin basuh front load jenis Electrolux ini didapati tiada apa-apa lampu yang menyala di bahagian display board. Selepas diperiksa, didapati ada power supply yang masuk cuma tidak sampai di bahagian display board. Mesin basuh front load model ini mempunyai 2 board, 1 mainboard dan 1 lagi, display board.

Main board

Fungsi main board ini untuk mengawal segala fungsi mesin basuh dan supply ke display board. Didapati board ini tidak boleh supply current ke display board menyebabkan tiada lampu di bahagian display.
Main board ini berada di bersebelahan drum. Perlu dibuka bahagian bawah untuk mendapatkan main board ini.

Kedudukan main board
Selepas ditukar main board yang baru, lampu display kembali menyala dan mesin basuh ini berfungsi seperti biasa.
Display kembali menyala

Jika anda memerlukan bantuan boleh hubungi saya, Osman di 019-6015417 (whassup sahaja).   Untuk kawasan Nilai, Kota Seriemas atau Bandar Enstek boleh hubungi 016 640 0554 (Syed). Untuk kawasan Seremban, Senawang, Rantau atau Port Dickson boleh hubungi Rasidin (012 8683027)

Wednesday, 22 April 2015

Mesin basuh manual/semi auto rosak- Tak boleh spin

Lokasi - Kota Warisan

Masalah - Bahagian spin tak berpusing

Kedudukan motor spin pada mesin basuh semi auto

Assalam. Kali ini saya ingin berkongsi masalah mesin basuh manual atau semi auto yang bahagian spin tak boleh berpusing. Kebiasaanya perkara di atas berlaku disebabkan motor spin telah rosak. Ini adalah masalah utama bagi pengguna yang menggunakan mesin basuh manual. Di dalam motor spin terdapat gegelung dawai tembaga untuk menggerakkan motor. Jika gegelung dawai ini terbakar, maka motor spin tidak boleh berfungsi.
Motor lama dan baru




 Motor yang lama perlu ditukar dengan motor baru supaya bahagian spin boleh berfungsi semula.

Tips untuk mengelakkan motor terbakar:
Untuk mengelakkan motor anda cepat terbakar, maksimum 2 round sahaja spin yang perlu dibuat dalam satu masa. Jika anda hendak buat spin lagi, tunggu hingga 1 jam untuk mengelakkan motor spin anda cepat panas.

Sekian untuk kali ini.